Fiza Semua Ini Ketentuan Allah



Biarpun usia perkahwinan pasangan Adam dan Fiza masih belum mencecah usia setahun, namun rumahtangga mereka dilaporkan sudah mula bergolak sehinggakan bekas ahli anggota Elite itu dikatakan telah memfailkan penceraian di mahkamah syariah di Shah Alam, minggu lalu.

Pun begitu, kedua-duanya masih belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara ini. Namun, Fiza menerusi akaun Instagram miliknya seolah-olah meluahkan perasaan mengenai apa yang dirasai ketika ini.

"Salam semua. Maaf andai saya ada berbuat silap atau terkasar bahasa. Saya benar-benar berharap agar semua di luar sana memahami perasaan saya sekarang ini. Janganlah ditanya bermacam-macam jenis soalan. Saya ini cuma wanita biasa yang ke kadang lemah dan tak mampu untuk menanggung beban.

"Tapi saya tahu dan pasti semua ini ketentuan dari pada ALLAH. Siapa yang mahu untuk jadi begini? Kalau disoal pada sesiapa pun, tak mungkin seseorang itu mahu menjalani kehidupan seperti saya. Hormatilah apa jua keputusan saya. Saya hanya merancang, tapi ALLAH lebih mengetahui segala-galanya.




"Saya cuma perlukan sokongan daripada anda semua untuk saya terus kuat dan maju ke depan. Apa yang terjadi dan bakal berlaku biarlah jadi rahsia antara saya dan ALLAH. Tak perlu untuk saya berkongsi ke semua cerita peribadi saya kepada umum.

"Harap semua dapat memahami ya. Doakan yang terbaik untuk kami. ALLAH adalah tempat saya berbicara dan mengadu, bukan dengan sesiapa pun. Kita sebagai makhluk ALLAH dan hambanya cuma perlu menadah tangan dan berdoa meminta pertolongan dari-Nya. Amin," tulisnya panjang lebar.

Dalam pada itu, menerusi akhbar Sinar Harian, Adam turut mengunci mulut daripada memberi sebarang penjelasan;

"Maaf saya tidak mahu komen mengenai hal peribadi. Tunggu saja masa dan ketikanya nanti, pasti akan mengetahuinya."

ARTISMELETOP mengharapkan agar ikatan perkahwinan Adam dan Fiza dapat diselamatkan dan seterusnya mengecap kebahagiaan sebagai suami isteri hingga ke akhir hayat.
Previous Post Next Post