Gambar Mesra Ziela Jalil Dengan Keith Foo Dikritik



TERKEDU juga dibuatnya tatkala melihat gambar yang dimuatnaik oleh penerbit drama Ariana Rose, Ziela Jalil di akaun Instagramnya.

Sekali tengok, lagak mesranya bergambar dengan pelakon kacak, Keith Foo macam pasangan kekasih.



Gambar Mesra Ziela Jalil Dengan Keith Foo Dikritik

Terus-terang kami katakan, gambar tersebut kurang sesuai jika dibandingkan dengan penampilan Ziela sebagai wanita bertudung.

Ia turut menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada para pengikut akaun tersebut yang nyata tidak senang melihat aksi penerbit itu.




Menerusi Harian Metro, Ziela memberi penjelasan:

“Saya dikata macam-macam seolah-olah ada hati dan nak menggatal dengan mereka. Kalau suka, aksinya tak begitu. Baik saya peluk saja mereka dari belakang! Saya anggap mereka semua ini macam adik-beradik. Apatah lagi muka Keith pun ada iras muka anak saya Jufri. Saya tak fikir soal lain pun.

“Keith datang bertemu saya berkenaan isu kontraknya yang ada masalah sebelum ini. Sesudah itu kami bergambar. Ketika itu saya terfikir kalau masukkan gambar ini di Instagram pasti akan jadi isu. Tapi apa salahnya saya berkongsi gambar ini dengan peminat. Memang betullah selepas itu teruk saya kena kutuk.

“Mulanya saya tak nak jawab kerana beranggapan suka hatilah sesiapapun nak kutuk. Tapi saya bengang apabila ada yang kaitkan nama anak saya dan suruh mereka ajar saya. Tak perlulah nak ajar mereka sampai begitu sekali. Cara mereka bukannya nak menasihat tapi lebih untuk mengaibkan orang.

“Saya sebenarnya tak nak jawab mereka banyak-banyak kerana nanti tiada kesudahan. Sebenarnya saya tak pernah kata benda itu betul. Saya tak pernah nak halalkan benda yang tak betul. Memang saya pegang tangan Keith dan saya tak katakan perbuatan ini betul, tapi cara menegur itu salah.

“Saya bukan sempurna, bagaimanapun sebagai manusia kita perlu amalkan adab hubungan dengan Allah SWT dan hubungan dengan manusia. Sekali lagi saya katakan cara menegur itu yang tak kena kerana ayat yang digunakan sangat melampau.”

Ditanya adakah dia akan memadamkan gambar tersebut, ini jawapannya:

“Saya tak akan buat begitu. Sebabnya saya nak ajar peminat ini agar orang menilai kata-kata mereka. Biar orang tahu cantiknya bahasa manusia. Tak dinafikan anak-anak saya amat marah dengan peminat ini, tapi saya minta biarlah saya selesaikan sendiri dan minta mereka hormat pada orang tua.

“Apapun saya tak nak bersangka buruk dan menasihatkan mereka baik-baik dan berada dalam rahmat Allah SWT. Saya tak suka bergaduh dengan peminat selagi mereka tak sentuh mengenai anak-anak, arwah suami dan ibu. Saya akan marah jika disentuh soal itu.”

Hai, susah nak cakap sebab kadang-kadang kontroversi begini timbul sebab sengaja dicari.

Dalam kes ini, Ziela sendiri sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku, namun dia tetap memuatnaik gambar tersebut dengan alasan mahu berkongsi dengan peminat.

Terpulanglah, bak kata orang, tepuk dada tanyalah selera…

ARTISMELETOP: Wah saya pun jeles Kak Ziela hehe. Ramai jugak rakyat Malaysia yang jeles ye heheh
Previous Post Next Post