Hafiz Suip Jawab Isu Bomoh & Dadah



Pesona Juara Akademi Fantasia 7, Hafiz Suip dilihat semakin menyerlah serta mampu memukau hadirin setiap kali mengadakan persembahan. Malah, dia dilihat mudah menambat hati peminat wanita.

Memang tidak dinafikann Hafiz mempunyai vokal yang bagus, namun timbul kata-kata kurang enak yang mendakwa Hafiz menggunakan ilmu hitam untuk disukai ramai dalam bidang seni ini. Ketika ditemui baru-baru ini, Hafiz mengakui yang dia sedia maklum dengan gossip tersebut, namun enggan mengendahkannya kerana ia sama sekali tidak benar.

“Itu adalah fitnah semata-mata, jadi saya enggan mempedulikan perkara tersebut. Bagi saya, berani kerana benar dan takut kerana salah. Bagi saya perkara ini lumrah kehidupan yang mana tidak semua orang akan suka dengan kita. Mungkin yang menyebarkan cerita ini dengki dan ingin menjatuhkan saya,” ujar Hafiz.




Jejaka kelahiran Bumi Kenyalang ini berpendapat yang kejayaannya adalah berkat sokongan peminat-peminat dan doa serta restu ibu bapanya. Bagi Hafiz, dia sedang menapak serta membina kerjaya dalam bidang seni sebagai penyanyi dengan usaha yang jitu.

Sementara itu, perubahan susuk tubuh Hafiz yang semakin kurus menimbulkan cerita yang dia mengambil dadah. Sekali lagi Hafiz menafikannya. Menurut Hafiz dia menjaga pemakanan serta bersenam untuk tujuan kesihatan supaya penampilan lebih menarik ketika membuat persembahan di pentas.

“Saya berani mengambil ujian urin bagi membuktikan yang saya bersih daripada dadah. Kenapa saya ingin mengambil dadah? Bagi saya perbuatan itu hanya akan membunuh kerjaya saya sendiri. Saya tidak akan merosakkan diri dengan melakukan perkara sebegitu,

Jika benar saya mengambil dadah, mana mungkin saya bergaul dengan orang ramai seperti ini. Saya rasa pengambilan dadah itu akan membuatkan saya terasing daripada masyarakat,” ujar Hafiz mengakhiri perbualan.
Previous Post Next Post