Halkum Kekasih Baru Shahz Jaszle Jadi Bahan Lawak



Terus-terang Murai Batu sebenarnya tidak terkejut langsung apabila mendapat tahu bahawa aktor Shahz Jaszle sudah pun memutuskan pertunangannya dengan Redzwani Puteri.

Malah, sikit pun ARTISMELETOP tidak hairan apabila Shahz Jaszle dilaporkan sudah pun mempunyai teman wanita baru.

Yelah, bukan pertama kali dia buat macam ni. Dulu dengan awek yang kerja bank tu, tapi dia tak mengaku pulak setelah didakwa di mahkamah atas tuduhan berkhalwat dengan gadis itu sambil memakai boxer.

Dek kerana insiden hitam itu, keluarga Redzwani Puteri nak putuskan pertunangan dengan Shahz Jaszle tapi ianya tidak dipersetujui oleh Redzwani sebab Redzwani dilaporkan sayang giler dengan aktor yang berwajah handsome ini.

Memang ramai yang marah dan tidak setuju dengan keputusan yang dibuat oleh Redzwani itu. Sebabnya, ramai yang skeptikal bahawa Shahz Jaszle mampu berubah dan menjadi lelaki yang setia. Tapi, apakan daya, ianya kehendak yang empunya badan.




Malah, ada yang siang-siang lagi sudah optimis bahawa Shahz Jaszle akan buat hal lagi dengan Redzwani dengan menjalinkan hubungan dengan perempuan lain.

Entahlah. Tak tahulah apa lagi yang ARTISMELETOP nak cakap. Yang nyata memang nampak sungguh kemesraan Shahz Jaszle dengan kekasih barunya itu.

Kebetulan Portal ARTISMELETOP dan Astro Gempak ada menyiarkan kisah Shahz Jaszle dengan kekasih barunya itu yang bernama Hanis Husna.

Dalam laporan tersebut, Hanis Husna telah mengesahkan di Instagram miliknya bahawa Shahz Jaszle sudah pun putus tunang.

Cuma… ARTISMELETOP nak tergelak apabila membaca komen pembaca-pembaca ARTISMELETOP di laman sosial Facebook tentang kekasih Shahz Jaszle ini.

Lebih-lebih lagi bila mereka memperkatakan tentang ‘halkum’ Hani Husna. Nampak kelakar sebab kita semua tahu bahawa halkum ini hanya akan ada pada manusia berjantina lelaki tetapi apabila kelihatan pada seorang wanita, ianya menjadi lucu dan menimbulkan persoalan lain.

Menerusi gambar ini, anda akan perasan menerusi bulatan merah bahawa kelihatan sesuatu tersembul di leher kekasih Shahz Jaszle yang kelihatan seakan halkum.

ARTISMELETOP tak mahulah timbulkan apa persoalan lain itu, lagipun kita sendiri tidak pasti sama ada itu halkum atau apa, jadi jangan memandai nak buat spekulasi.

Selain komen pasal `halkum`, rata-rata komen turut mengkritik tindakan Shahz Jaszle yang terlalu cepat bertukar kekasih ibarat menyalin baju.

Hai entahlah ARTISMELETOP nak komen apa pasal isu ini, tunggu sahajalah jawapan dari Shahz Jaszle sendiri ye.
Previous Post Next Post