Justin Bieber ditahan lagi



PENYANYI remaja popular, Justin Bieber sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila semakin berani menunjukkan perilaku tidak senonoh sebaik sahaja melepasi pihak kastam dari Lapangan Terbang Antarabangsa, Los Angeles.

Bieber yang menjelirkan lidahnya dan menarik seluar di celah kelangkangnya telah ditahan selama lima jam bagi menjalani soal siasat tahap kedua di sana.




Sebelum ini, insiden penahanan Bieber turut dikaitkan dengan kisah petisyen yang diterima kerajaan Amerika Syarikat yang mahukan Bieber (rakyat Kanada) dihantar pulang ke tempat asalnya semula.

Walaupun pelbagai kesedaran telah cuba diberikan kepada penyanyi remaja popular itu termasuklah dibawa melawat Memorial Peperangan Yasukuni Shrine dan beberapa rumah anak yatim ketika berada di luar negara, namun penyanyi itu tidak menunjukkan sebarang perubahan.
Previous Post Next Post