Kes Cerai Adam & Fiza Disebut Isnin Depan



Teka-teki pergolakan rumah tangga pasangan Adam dan Fiza akhirnya terjawab apabila kes permohonan cerai mereka akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin depan.

Menurut laporan yang dikeluarkan sebelum ini, Fiza telah memfailkan permohonan cerai pada minggu lalu dan antara sebab yang dikemukakan adalah kerana kurang persefahaman dalam perkahwinan.




Pasangan ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kisah rumah tangga mereka. Namun, Fiza menerusi akaun Instagramnya telah mengeluarkan status seolah-olah meluahkan perasaan berhubung ujian yang dihadapinya kini.

Untuk rekod, Adam dan Fiza telah disatukan dalam majlis pernikahan yang telah berlangsung pada 26 September tahun lalu.
Previous Post Next Post