Lepas Isu Seksi, Gambar Kayda Bercium Tersebar Pula Di Media



Sejauh mana besarnya seorang selebriti itu disanjung dan diangkat, besar lagi tanggungjawab yang perlu dipikul oleh selebriti serta individu yang berkaitan dengan mereka.

ARTISMELETOP baru sahaja beberapa hari lalu membaca komen Dato’ Sheila Majid mengenai kontroversi mengaitkan anak gadisnya, Kayda Aziz. Tak sampai seminggu keluar pula gambar lain yang pasti akan membuatkan ramai akan tampil memberi hujah masing-masing dan menunjukkan kehebatan mereka.




ARTISMELETOP faham sebagai seorang ibu Dato’ Sheila harus memikirkan serta memainkan peranannya dalam mendidik anak-anak dan dalam masa yang sama tidak boleh terlalu berkeras.

ARTISMELETOP percaya dia lebih mengenali anaknya itu. Didikan dan tunjuk ajar setiap individu tidak sama dan tidak boleh nak disamakan. Cuma batas-batas yang perlu dijaga Kayda serta peka dengan persekitaran.

Kesian pula ARTISMELETOP bila tersebar pula foto yang menampakkan anak gadisnya itu dicium dan mencium jejaka lain.

Kesian yang ARTISMELETOP maksudkan bukan dalam nada sinis tetapi kesian kerana macam ada orang cuba mahu menjatuhkannya.



Walhal baru sahaja dia mengeluarkan kenyataan selepas ada pihak menyiarkan foto anaknya berpakaian seksi.

Tetapi bukanlah ARTISMELETOP sokong aktiviti atau tindak tanduk begitu cuma lain kali tengok persekitaran yang bagaimana ketika itu dan jaga tata susila.

Itu lesen paling besar untuk terkenal kerana kehebatan dan paling mudah untuk orang mengenal kesilapan. Betul tak?
Previous Post Next Post