Linda Hashim Bersalin, Nama Anak Jelita Clarissa


Rumah tangga Beego dan Linda kini lengkap dengan kehadiran cahaya mata.

Isteri kepada pelakon Beego iaitu Linda Hashim selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.62 kilogram pada pukul 12.20 pagi Rabu.

Beego atau nama sebenarnya Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 34, berkata, isterinya yang kini berada di Hospital Pakar KPJ Tawakkal dekat sini, bersalin secara normal dan kini berada dalam keadaan baik.

"Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi kami dengan selamat awal pagi tadi dan semuanya berada dalam keadaan baik," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Beego memberitahu, dia dan isterinya sepakat memberikan nama Jelita Clarissa kepada bayi mereka yang membei maksud 'Jelita Yang Jelas'.


Jelita Clarissa dilahirkan secara normal pada pukul 12.20 pagi Khamis.

Pelakon itu juga memberitahu dia dan isterinya menitiskan air mata apabila Jelita selamat dilahirkan selain berasa cukup gembira dengan kehadiran Jelita kerana ia melengkapi rumah tangga mereka.

"Perasaan saya sangat terharu apabila pertama kali lihat Jelita malah saya dan Linda menangis, syukur semuanya selamat dan berharap Jelita akan dipelihara kesempurnaannya oleh Allah," jelasnya.

Beego dan Linda berkahwin pada 8 Jun tahun lalu selepas menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.

ARTISMELETOP: SEKALUNG TAHNIAH KAMI UCAPKAN DARI ARTISMELETOP
Previous Post Next Post