Linda Hashim Bersyukur Bayi Sihat



Pasangan Beego dan Linda Hashim baru saja dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Jelita Clarissa. Linda selamat melahirkan bayi perempuan secara normal pada pukul 12.20 tengahari Selasa di Hospital Pakar KPJ Tawakkal.

Walaupun masih dalam keadaan lemah kerana demam sejak sebelum bersalin, namun Linda bersyukur bayinya lahir dalam keadaan sihat.

“Saya masih lemah sebab demam. Tapi Alhamdulillah, anak kami sihat,” katanya.




Linda turut berkongsi suaminya menjadi ‘orang lain’ sewaktu menyambut kelahiran anak sulung mereka.

“Saya nampak Beego macam berubah menjadi orang lain. Dia macam tak tentu arah, panik dan gemuruh,” kata Linda yang bakal berpantang di rumah kakaknya.

Sementara itu, Beego memberitahu, dia dan isterinya memilih nama Jelita Clarissa kepada bayi mereka yang membawa maksud 'Jelita Yang Jelas'.

Beego dan Linda berkahwin pada 8 Jun tahun lalu selepas menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.

Dibawah merupakan gambar anak Beego dan Linda Hashim comel sangat


Jelita Clarissa
Previous Post Next Post