Liyana Fizi Ingin Jelajah Dunia



Bagi peminat muzik indie, nama Liyana Fizi bukan asing lagi. Mula menceburkan diri dalam bidang muzik sekitar 2006, Liyana pernah menjadi vokalis kumpulan Estrella diawal pembabitannya dalam dunia hiburan. Berikut ARTISMELETOP senaraikan 12 fakta menarik tentang Liyana.




1) Walaupun Liyana mempunyai peminat tersendiri, namun gadis kelahiran Kuala Lumpur ini enggan menggelarkan dirinya seorang selebriti. Sebaliknya Liyana lebih senang dilabelkan sebagai ahli muzik.

2) Liyana sebenarnya tidak tahu membaca chord gitar dan alat muzik yang lain.

3) Liyana belajar bermain piano ketika usia menginjak ke 30 tahun.

4) Bidang muzik merupakan minatnya. Tapi Liyana lebih selesa bekerja di bidang media, terutamanya perhubungan awam.

5) Berbeza dengan penyanyi lain yang menjadikan perniagaan sebagai kerjaya sampingan, namun Liyana berkerja di syarikat swasta untuk mencari wang bagi menghasilkan muzik.

6) Cita-cita Liyana adalah untuk menjelajah dunia dan memperkenalkan muziknya ke peringkat antarabangsa.
Previous Post Next Post