Pengacara 'Scoreboard' Nadia Zuber Nikah Pemain Bola Hari Ini



ARTISMELETOP kongsikan beberapa keping foto pengacara program 'Scoreboard', Nurnadia Mat Zuber, 24, dan bakal suaminya, yang juga pemain bola sepak Harimau Muda A, Irfan Fazail membuat persiapan sebelum melangsungkan majlis pernikahan mereka.

Pasangan ini dijangka akan melangsungkan majlis pernikahan di Masjid Seksyen 18, Shah Alam pada jam 3 petang ini.




Manakala, majlis resepsi pula akan diadakan sebanyak dua kali iaitu pada keesokkan harinya di SUK, Selangor untuk keluarga dan rakan-rakan terdekat dan resepsi kedua di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam untuk tetamu-tetamu VIP.

Untuk info, Nadia dan Irfan telah mengikat tali pertunangan pada 30 Disember 2012.



ARTISMELETOP: SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SELAMAT BERBAHAGIA
Previous Post Next Post