Redzwani Puteri Doakan Shahrizal Jaszle Bahagia



Putus tunang atau tidak? Pasti itu persoalan yang bermain di fikiran ramai peminat tentang status pertunangan Shahrizal Jaszle dan tunangannya, Redzwani Puteri. Apa tidaknya, belum sempat kes khalwatnya selesai dibicarakan di mahkamah, Shahrizal Jaszle atau Shah Jazle dilihat berkepit dengan wanita lain lagi.




Kali ini Shah Jaszle memuat naik beberapa gambar mesranya bersama seorang gadis di akaun Instagram miliknya. Malah, turut memberi komen bahawa wanita terbabit adalah teman wanitanya kini. Keadaan menjadi panas apabila Redzwani Puteri turut memberi komen pada gambar terbabit. Tetapi tidak berapa lama selepas itu, Shah Jaszle bertindak memadamkan gambar terbabit.



Memandangkan Shah Jaszle tidak memberi kerjasama untuk mengulas lanjut, ARTISMELETOP telah menghubungi Redzwani untuk memberikan komen. Bagaimanapun Redzwani juga sukar dihubungi. Panggilan telefon tidak berjawab. Kiriman SMS dan WhatsApp juga tidak dibalas. Namun hari ini, Redzwani telah memberikan maklum balas melalui WhatsApp. Di sini ARTISMELETOP sertakan isi kandungan WhatApps Redzwani :

"Saya meminta maaf kerana mengambil masa untuk membalas. Jadual saya memang padat. Harap semua faham dengan keadaan saya. Tentang apa yang berlaku, tiada apa yang boleh saya katakan. Mereka telah pun buat kenyataan masih-masing. Jadi, tak perlulah saya cakap panjang lebar. Semoga mereka bahagia dan berjaya dalam karier masing-masing. Saya di sini baik-baik, syukur Alhamdulillah."
Previous Post Next Post