Redzwani Puteri enggan ulas pasal Shahrizal Jaszle


Bekas tunang Shahrizal Jaszle Jasmin, Redzwani Puteri Ismail, 26, hari ini enggan mengulas hubungan terkini pelakon itu bersama kekasih baharunya, Hanis Husna.

Redzwani ketika dihubungi menerusi Whatsapp berkata, tatkala ini dia hanya mampu mendoakan kebahagiaan mereka.

"Apa lagi yang perlu saya katakan, mereka masing-masing telah membuat kenyataan. Semoga mereka bahagia dan berjaya dalam karier masing-masing," katanya yang enggan mengulas lebih lanjut.




Redzwani pernah bertunang dengan Shahrizal pada 8 Disember 2012 dan putus tunang pada 10 Jun 2013 selepas pelakon itu ditahan atas dakwaan berkhalwat dengan pasangannya, Farah Nurizzati Salleh pada 16 Mei tahun lalu.

Jelas Redzwani, setakat ini, dia tidak terasa tertekan dengan apa yang berlaku dan lebih senang bersikap positif dalam menangani semua masalah.
Previous Post Next Post