Sari Yanti mohon bantahan nusyuz



SARI Yanti meninggalkan Mahkamah selepas membuat permohonan bantahan nusyuz.


SUAMI kepada pelakon Sari Yanti meninggalkan Mahkamah.

Pelakon Sari Yanti memohon untuk memasukkan bantahan awal berhubung permohonan nusyuz yang difailkan suaminya, Mohd Edy Casmadi Che Hussain di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Subang Bestari di sini.

Peguam syarie Marlina Amir Hamzah yang mewakili Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, selaku responden memaklumkan perkara itu pada sebutan kes berkenaan, petang tadi. 
Marlina berkata, permohonan itu dibuat kerana terdapat satu lagi kes yang difailkan anak guamnya di Mahkamah Rendah Syariah Seremban Negeri Sembilan membabitkan permohonan perceraian. 

"Anak guam saya sudah menerima notis saman daripada plaintif ( Mohd Edy Casmadi) bagi kes ini pada 8 April lalu dan wakalah lantikan peguam juga sudah diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, pihak kami berhasrat untuk failkan bantahan awal memandangkan ada kes difailkan anak guam saya mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003, iaitu permohonan cerai,"katanya.
Previous Post Next Post