Yonghwa tak pandai Matematik?


Jung Yonghwa

KETUA kumpulan CN Blue, Jung Yonghwa, mendedahkan dia tidak menyukai pelajaran Matematik semasa di sekolah dahulu.

Sebaliknya, selebriti kacak yang turut membintangi drama bersiri Heartstrings ini lebih berminat dalam pelajaran berkaitan seni kerana dia juga bercita-cita untuk menjadi seorang pereka fesyen.




“Markah Matematik saya tak bagus, tapi saya suka pelajaran Muzik dan mempunyai band sendiri yang sering membuat persembahan di sekolah.

“Saya juga bagus dalam pelajaran Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jasmani, mungkin kerana saya suka bersukan!” katanya.
Previous Post Next Post