Abby Abadi Tangguh Cerai


ABBY meninggalkan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur.

Permohonan pengesahan lafaz cerai melalui SMS yang difailkan pelakon Abby Abadi terhadap suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar ditangguhkan sehingga 11 Jun ini oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini berikutan terdapat satu lagi lafaz cerai yang belum difailkan dan disahkan oleh mahkamah.






Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin

menetapkan tarikh itu selepas Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, memaklumkan terdapat satu lagi lafaz yang dibuat suaminya pada Januari lalu.

Terdahulu, Abby memberitahu mahkamah dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suaminya yang berbunyi " Aku ceraikan kau" pada 9 Mei lalu jam 10.25 pagi diikuti satu lagi sms berbunyi " Mulai hari ini kau dah tiada apa-apa hubungan dengan aku".

Kemudian ketika ditanya Shaiful Azli sama ada suaminya ada melafazkan cerai sebelum 9 Mei, Abby mengaku suaminya ada memberitahu rakannya bahawa mereka sudah bercerai.

Muhammad Noor Farhan, 25, kemudian bersetuju dengan semua keterangan yang diberikan Abby.

Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lalu di selatan Thailand selepas dua minggu berkenalan.

Previous Post Next Post