Apa sudah jadi Eira Syazira?



KES pelakon Eira Syazira bergaduh sehingga menyerang kru produksi menjadi heboh sepanjang minggu lalu. Ramai yang kesal dengan tindakan Eira sekiranya benar dia berbuat demikian.

Dia memang menafikan berbuat demikian tetapi logiknya untuk apa kru produksi itu membuat dakwaan demikian kalau tidak ada angin yang menggoyangkan pokok.

Walaupun Miss J seorang wanita, kalau orang senang-senang menyerang hah kenalah habuannya. Eira pula mendakwa kru lelaki itu menyerangnya tetapi yang aneh cerita ini dikeluarkan oleh kru, kenapa tidak dari Eira. Cuba-cubalah kita fikir sendiri, Eira yang kena serang tetapi dia diam. Kru yang menyerang dakwa pula Eira menyerang dia.Ok sila fikir.






Tetapi yang Miss J rasa nak termuntah ialah gelagat suaminya, Azad Jazmin yang terlampau menyebelahi Eira sampai sanggup kata, "lelaki yang bergaduh dengan perempuan tak ada telur." Wow... hebat sungguh awak bercakap ya!

Memang tak salah kalau Azad membela isteri sendiri, kalau Miss J pun buat perkara yang sama. Tetapi masalahnya Azad lupa nak guna cermin pandang belakang. Azad pun pernah terlibat kes pergaduhan dengan seorang pelakon wanita, Faezah Elai sebelum ini.

Kes pergaduhan Azad-Faezah memang cukup panas sebab masing-masing tak mahu kalah. Miss J rasa Azad terlupa dia pernah bergaduh dengan perempuan.
Previous Post Next Post