Cristiano Ronaldo Bogel Untuk Vogue Sebelum Piala Dunia 2014



Sebelum beraksi dalam temasya Piala Dunia 2014, pemain bola sepak Cristiano Ronaldo telah membuat keputusan untuk memperlihat seluruh tubuh badannya kepada peminat-peminatnya.

Ahli sukan yang berwajah kacak serta digilai ramai wanita di seluruh dunia itu telah bersetuju untuk menjadi penghias kulit untuk majalah Vogue Espana.

Pun begitu, Cristiano Rolando yang dianggap sebagai hero bola sepak oleh kalangan peminat-peminat sukan bola sepak antarabangsa cukup bijak meletakkan posisi dirinya tanpa seurat benang sewaktu menjayakan sesi fotografi majalah fesyen tersebut.






Menjayakan sesi fotografi tersebut bersama kekasih modelnya yang cukup glamor iaitu Irina Shayk, Cristiano Ronaldo telah menyembunyikan 'benda' yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum di bahagian belakang badan wanita itu.

Pasti ada di kalangan peminat wanitanya yang mengeluh apabila mengetahui hal ini serta berharap agar Irina Shayk akan berganjak ke tepi sedikit dan tidak terlalu melindungi aset Cristiano Ronaldo itu.
Previous Post Next Post