Emma Watson terima Ijazah



BINTANG filem Harry Porter, Emma Watson berjaya menamatkan pengajiannya dalam ijazah bidang Kesusasteraan Inggeris dari Brown University.

Menurut Watson, walaupun bergelar selebriti, dia menjalani kehidupan pelajar yang normal sepanjang pengajiannya.

"Sepanjang saya belajar, tidak ada orang yang datang untuk meminta autograf. Malah, ia merupakan pembelajaran yang tenang tanpa dibayangi kerjaya seni," katanya yang mengambil keputusan berehat buat seketika bagi membintangi filem, The Perks of Being A Wallflower.






Walaupun sibuk pelajaran, namun Watson turut menjayakan filem, Harry Potter and the Deathly Hallows, The Perks of Being a Wallflower, This is the End, dan terbaru filem epik, Noah.

Watson memasuki Universiri Brown pada 2009 dan kemudiannya bertukar ke Universiti Oxford pada 2011 bagi menyambung pengajian untuk tahun ketiga.
Previous Post Next Post