Hormati Permintaan Nadiya Nisaa, Isu Suami Bertatu Tidak Diperbesarkan



Sebelum ini nama pelakon yang popular menerusi drama 'Adam dan Hawa', Nadiya Nisaa hangat diperkatakan gara-gara dua keping gambar merakamkan imej seorang lelaki bertatu yang didakwa suaminya.

Bagaimanapun demi menjaga hati banyak pihak terutamanya keluarga dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai gosip tersebut malah Nadiya juga memberitahu keputusannya itu telah dihormati oleh pelbagai pihak.



“Pasal isu yang mendakwa suami saya bertatu dah semakin kurang diperkatakan… ‘Last statement’ saya cakap saya tidak mahu komen apa-apa mengenai isu tersebut






“Mereka menghormati dan respek terhadap permintaan saya,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Oh My English bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang, pada Rabu.

Ketika ditanya sama ada dia masih mendapat respon negatif melalui isu tersebut di laman sosial, Nadiya Nisaa atau nama sebenarnya Nadiyatul Nisa berkata komen-komen sedemikian semakin berkurangan.

“Sebenarnya saya jarang membaca komen-komen yang bertanya mengenai hal berkenaan.

“Sekarang pun memang dah kurang komen negatif, contoh kalau ada sepuluh komen tu, tak adalah semuanya bertanyakan mengenai tatu.

“Saya pun hormat mereka kerana tak pernah bertanya secara peribadi kepada saya… Cuma kalau ada pun mereka akan bertanya melalui email.” ujarnya.



Previous Post Next Post