Irwansyah Dedah Hubungan Cinta Raffi Ahmad



SEJAK dikhabarkan bercinta, pengacara dan pelakon Indonesia, Raffi Ahmad sering kali mengelak apabila ditanyakan tentang hubungannya dengan Nagita Slavina atau lebih mesra disapa Gigi itu.

Bagaimanapun, rakan baik pasangan ini iaitu Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar mendedahkan hubungan Raffi dan Gigi sebagai serius.

"Mereka seriuslah," ujar Irwansyah.






Sebagai sahabat baik, Irwansyah mengakui pengacara program Dahsyat itu banyak bercerita soal peribadi kepadanya.

Bagaimanapun, Irwansyah berkata sahabatnya itu belum lagi memberitahu tentang lamaran terhadap wanita tersebut.

"Raffi belum beritahu tentang soal lamaran, kalau ada apa-apa tentu dia sudah beritahu saya dahulu, Raffi sama saaya sangat rapat dan kami tidak ada rahsia," ujarnya lagi.
Previous Post Next Post