Luahan Hati Izreen Azminda Selepas Diceraikan Di Lokasi Penggambaran


ARTISMELETOP terkejut beruk pagi ini bila mendengar berita tentang dramatis Izreen Azminda yang diceraikan selepas bertengkar di lokasi penggambaran.

Tak dapat ARTISMELETOP bayangkan perasaan pelakon wanita itu ketika cerai itu dilafazkan dihadapan orang ramai.

ARTISMELETOP juga tak sangka rumahtangga yang dibina kurang 2 tahun itu berakhir begitu sahaja, tetapi sebagai hamba, kita harus menerima yang jodoh, ajal dan maut itu semua ditanganNya.






Mengikut sumber dari sebuah akhbar, dia diceraikan pada 16 Mei iaitu kira-kira kurang seminggu yang lalu.

Patutlah ARTISMELETOP perasan di laman sosial Instagram Izreen pada sehari yang lepas dia seperti seolah-olah meluahkan rasa yang sayu dan sedih.



Dalam foto yang Izreen muat naik itu, dia dan sedang mencium anaknya yang sedang tidur sambil menulis kapsyen seperti berikut.

“The best day of your life is the one on which you decide your life is your own. No apologies or excuses. No one to lean on, rely on, or blame. The Gift is yours. It is an amazing journey, and you alone are responsible for the quality of it. This is the day your life really begins”

Dalam kapsyen foto itu dibawahnya juga Izreen seperti memberitahu dia bersyukur apabila dikurniakan anaknya itu di dalam hidupnya.

Sedih juga ARTISMELETOP bila baca ayat-ayat yang ditulis oleh pelakon itu kerana dia seolah –olah tabah menghadapi dugaan hidup.

Tak mengapalah, ARTISMELETOP harap Izreen semakin kuat dan bersemangat untuk membesarkan anaknya yang kini baru berusia 10 bulan tanpa lelaki bernama suami.
Previous Post Next Post