Nafi Putus Cinta, Nelydia dan Qi Hanya Salah Faham Kecil



Pelakon Nelydia Senrose, 20, menafikan hubungan cintanya dengan pengacara, Qi Razali, 36, sudah berakhir seperti desas-desus yang mengatakan hubungan mereka kini berantakan.

Sebaliknya Nelydia berkata kepada akhbar Bpop semalam, ianya hanya berlaku salah faham sahaja di antara mereka.

"Hanya salah faham kecil sahaja. Tak pernah putus pun. Hubungan kami masih OK," katanya.

Apabila ditanya adakah mereka sudah merancang untuk melangkah ke peringkat seterusnya, pelakon drama bersiri popular Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu memberithau setakat ini belum ada apa-apa perancangan lagi.






"Saya hanya mampu berserah pada jodoh mengenai hal ini. Soal masa depan kita tak mampu jangka.

"Tak dinafikan, kami memang ada berbincang soal itu, tapi untuk kesahihan lanjut memang tak ada lagi," jelasnya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Nelydia bakal terbang ke Paris pada 20 Mei ini untuk penggambaran drama Strawberi dan Karipap.

ARTISMELETOP: BERCINTA BAGAI NAK RAK TAPI BILA LA KAWINNYA? MACAM MAIN-MAIN JE BAIK TAK PAYAH BERCINTA
Previous Post Next Post