Rita Rudaini Bengang Status Janda Dipersenda



SIAPA yang tidak sedih apabila status janda yang dipegang dijadikan bahan gurauan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab?

Pelakon jelita, Rita Rudaini adalah antara yang merasakan tempiasnya apabila dia dan sembilan lagi selebriti dipersendakan apabila ada pihak yang menyebarkan nombor telefon palsu mereka di internet.

Biarpun palsu, ia seakan-akan cuba merendahkan status mereka, kononnya mereka begitu mudah untuk dihubungi dan didekati.

Selain Rita, selebriti lain yang turut terkena ialah Erra Fazira, Nora Danish, Sarimah Ibrahim, Maya Karin, Jasmin Hamid, Nabila Huda, Noniswara dan penyanyi Fauziah Latiff.






“Kalau orang yang berfikiran jauh tahu ini tipu, tapi tak semua berfikiran panjang.

“Kalau yang berfikiran rendah tentu akan percaya dengan gurauan begini sebab sesetengah orang memang mudah percaya contohnya gosip walaupun benda belum tentu betul,” ujarnya, memetik Harian Metro.

Tambah Rita lagi, mentaliti masyarakat terhadap janda dan ibu tunggal masih belum berubah dan perbuatan individu terbabit menambahkan lagi kesan buruknya.

Kami cukup bersetuju dengan kata-kata Rita kerana itulah realiti yang perlu ditempuh oleh kebanyakan golongan ini.

Bagi kami, tiada siapa yang mahu bergelar janda dan sikap negatif sesetengah pihak ini seolah-olah menyalahkan wanita semata-mata.

Apa pun, jalan terbaik ialah pekakkan telinga dan anggap saja mereka sebenarnya punyai masalah jiwa…
Previous Post Next Post