Sharnaaz Ahmad aka Abang Jebat Peminat Tegar Kilauan Emas?



Nampaknya walaupun sibuk berlakon, aktor Sharnaaz Ahmad masih sempat mencuri waktu untuk menyaksikan program realiti Kilauan Emas Musim 4.

ARTISMELETOP mengatakan hal ini sebab ternampak posting Sharnaaz Ahmad pasal Kilauan Emas 4 dalam laman sosial Instagram miliknya.

Tapi yang bikin ARTISMELETOP tak tahan tu bila Sharnaaz Ahmad membandingkan Kilauan Emas 4 dengan sebuah lagi program realiti yang dinamakan The Band.

Kedua-dua program realiti ini mempunyai konsep yang berbeza. Kilauan Emas adalah sebuah program nyanyian yang dikhususkan untuk mereka yang sudah berusia 30 hingga ke atas.






Manakala The Band pula adalah sebuah program yang mencari boyband serta bandgirl yang mampu menyanyi serta membuat persembahan showmanship secara baik.

Tapi, biasalah penonton selalunya akan lihat result pada sesebuah program. Kalau secara kasarnya, penonton puas hati, bermakna mereka rasa program itu baguslah. Kalau tidak, maka komen yang diberikan pula adalah sebaliknya.

Namun, ARTISMELETOP faham kenapa Sharnaaz Ahmad mengatakan program Kilauan Emas 4 itu bagus. Sebab, kebanyakan pesertanya memang bagus-bagus pun. Walaupun masing-masing dan berusia dan boleh digelar otai, vokal diaorang tetap dahsyat.

Bak kata perumpaan, makin tua kelapa, makin pekat lemaknya. Haaa..macam itulah peserta-peserta otai di dalam Kilauan Emas 4 ini.

Lagipun Sharnaaz Ahmad pun dah 28 tahun. Tak lama lagi dah nak jadi otai pun. Jadi, sesuialah kalau Sharnaaz 'layan' program nikan...Hahahaha.. ARTISMELETOP berlawak saja. Jangan marah ya, Sharnaaz.

Tapi, ARTISMELETOP percaya apa yang cuba dibandingkan Sharnaaz itu bukan perbandingan yang dibuat secara membuta-tuli, namun ianya adalah perbandingan secara ikhlas selepas menonton sendiri kedua-dua program realiti ini.
Previous Post Next Post