Supermodel Tengku Azura Akhiri Zaman Janda



Tahniah diucapkan kepada supermodel terkenal, Tengku Azura yang telah sah bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Ramelle Ramli Ngah Talib dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada Ahad lalu.

Pernikahan ini telah diadakan secara sederhana di Flora Terrace, The Hampshire Place, Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh keluarga serta rakan terdekat kedua-dua belah pihak.






Turut kelihatan di majlis berkenaan adalah pelakon Nora Danish dan Fasha Sandha.

Untuk rekod, menerusi perkahwinan terdahulu Tengku Azura telah mempunyai dua cahaya mata lelaki sementara Ramelle pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan model komersial, Diana Johor.

ARTISMELETOP mendoakan agar perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat. Tahniah!

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »