Video: Keluarga Bahagia Ziana Zain



Jarang-jarang sekali penyanyi popular Ziana Zain menayangkan kehidupannya sekeluarga di mana-mana media mahupun di laman sosial miliknya.

Ini kerana Ziana dikenali sebagai selebriti yang agak reserved mengenai hal keluarganya dan tidak mahu glamor dunia hiburan dikaitkan dengan ahli keluarganya.

Baguslah begitu, kerana kadang kala selebriti pun mahu kan kehidupan normal seperti orang di luar sana yang mahu meluangkan masa berkualiti bersama ahli keluarga tanpa sebarang percikan glamorama.






Namun, baru-baru ini, Ziana ada juga berkongsi empat video di Instagramnya, menunjukkan mereka sekeluarga meraikan sambutan ulang tahun kelahiran ke-46 artis jelita tersebut.

Memang terserlah kebahagiaan dan keceriaan di wajah Ziana dikelilingi insan-insan tersayang menyambut birthdaynya.

Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zin berkahwin dengan Ketua Pramugara MAS, Armin Zaharin Zambri pada 9 Mei 1998 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, Muhammad Amar dan anak kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nour Kaseh.









Previous Post Next Post