Beast Kesal Lagu Baharu Bocor Sebelum Dilancarkan


Beast kesal apabila lagu terbaharu mereka iaitu Good Luck dapat dimuat turun secara meluas di internet sebelum ia dilancarkan.

KUMPULAN Beast kesal apabila lagu terbaharu mereka bocor dan boleh dimuat turun secara haram di internet sejak beberapa hari lalu sebelum ia sempat dilancarkan.

Portal Soompi melaporkan syarikat pengurusan mereka Cube Entertainment sudah pun membuat aduan mengenai perkara itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Cube Entertainment turut mendakwa selain lagu berjudul Good Luck itu tersebar luas, pelanggaran mengenai hak cipta menjadi punca kepada permasalahan tersebut.

"Kami mahu pihak berkuasa menyiasat bagaimana lagu terbaharu itu boleh tersebar yang secara nyata melanggar hak cipta secara meluas seterusnya menjatuhkan reputasi Beast," kata wakil syarikat pengurusan tersebut.




Previous Post Next Post