Buah tangan pertama Sleeq buat peminat di Malaysia



NAMA mereka melonjak naik setelah lagu Untuk Dia, nyanyian bersama penyanyi Najwa Latif telah membuka mata peminat muzik tempatan untuk mengenali penyanyi duo yang dikenali sebagai Sleeq.

Selepas kejayaan beberapa lagu, kini duo yang terdiri daripada dua anak muda iaitu Syarif dan Alyph tampil dengan album baharu, 'SleeQ The Album 2014'.

Album ini mengandungi lapan buah lagu di mana enam daripadanya merupakan lagu yang telah diriliskan sebagai single dan selebihnya adalah lagu baru iaitu Tepi Sikit dan #1.

Selain itu, album edaran Warner Music Malaysian ini turut menampilkan lagu kolaborasi bersama penyanyi lain seperti Najwa Latif, Hazama dan Joe Flizzow.

Antara lagu lain yang diselitkan dalam album ini adalah NGTU, Salam Semua dan Lari.




Previous Post Next Post