Cita rasa tinggi Janelle Monae



PELANTUN lagu We Are Young, Janelle Monae mengakui dia seorang yang cerewet terutamanya dalam soal kerjasama dengan sesebuah jenama.

"Saya tidak akan menerima cadangan daripada mana-mana jenama jika tawaran itu tidak menepati cita rasa saya.

"Sebagai contoh, penglibatan saya dalam iklan Pepsi. Saya merupakan peminat tegar produk tersebut dan tawaran itu sesuatu yang mampu menggambarkan diri saya," ujar bintang kelahiran Kansas, Amerika Syarikat itu.

Penyanyi berumur 29 tahun itu terlibat dengan iklan Pepsi sempena kempen bola sepak Piala Dunia 2014.






Dalam kempen itu, dia tampil menyanyikan lagu Heroes yang dipopularkan oleh penyanyi David Bowie.



"Video itu dirakamkan di Rio de Janeiro, Brazil yang memaparkan saya sedang bermain gitar.

"Secara tidak langsung video itu melambangkan bagaimana kerjaya saya bermula, iaitu dengan bermain gitar sahaja," tuturnya yang sudah sedekad berada dalam industri muzik.




Previous Post Next Post