Diganggu Bekas Teman Lelaki Dan Wanita Misteri, Nad Zainal Buat Laporan Polis



Pelakon Nad Zainal telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, awal pagi Isnin lalu selepas tidak tahan diganggu bekas teman lelaki selain wanita yang tidak dikenali . Malah Nad juga mendakwa dia diancam dan diugut oleh wanita tersebut.

Menurut Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Binti Zainal Abidin, dia hairan bagaimana wanita terbabit menghubungi telefon bimbitnya sedangkan dia tidak mudah berkongsi nombor telefon dengan orang tidak dikenali.

Wanita tersebut didakwa menghubunginya sebanyak tiga kali dengan nombor telefon yang berbeza. Lebih mengejutkan, wanita terbabit bertutur dalam nada berbaur negatif.






Walau bagaimanapun pelakon kelahiran Kajang Selangor itu enggan mengulas butiran laporan yang dibuat terhadap bekas kekasihnya, Azwan Kombos.

Sebelum ini kecoh apabila Awan Kombos mendakwa dia berpisah dengan Nad Zainal kerana kehadiran orang ketiga iaitu Hefny Sahad.
Terdahulu Nad dan Azwan menjalinkan hubungan selama 3 tahun dan 5 bulan sebelum berpisah. Nad dan Hefny mula berkenalan ketika pembabitan mereka dalam telefilem Mengintai Syurga Mama, terbitan Zeel Production.
Previous Post Next Post