Emma Harap Kemelut Zizan & Wirefame Selesai Secara Baik



“Saya nak tahu apa masalah yang saya dah lakukan sehingga nama saya turut terheret sebagai punca kemelut antara Zizan dan Marina,” ujar pelakon Emma Maembong ketika diminta mengulas kononnya dia menjadi sebab persengketaan yang berlaku antara Zizan Razak dengan rakan kongsinya di Wire Fame Entertainment Sdn Bhd (WFE), Marina Juki.

“Sebenarnya memang ada salah faham berlaku, tapi bagi saya ia hanyalah benda kecil saja. Ia seperti adik beradik bergaduh dan saya sendiri tak pernah simpan kerana saya anggap Marina sebagai seorang kakak. Saya juga sayangkan dia macam kakak saya. Tidak dinafikan selepas salah faham tersebut saya rasa kecewa dan terasa dengan sikap dia. Jadi saya mendiamkan diri dan bawa diri. Tapi tak adalah sampai tahap saya marah,” ulas Emma.

“Saya hormat Wire Fame, Marina dan juga semua orang. Saya tak cerita apapun pasal masalah yang berlaku sebelum ini. Bagi saya salah faham itu sudah pun diselesaikan. Saya sendiri dah lupakan masalah itu dan saya harap dia juga melupakannya.

Kalau betul saya ada salah dengan Marina, saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Saya harap dia halalkan makan dan minum saya. Jika saya salah, saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak nak bergaduh dan tak suka panjang-panjangkan cerita kerana bagi saya kita tetap akan jumpa di mana-mana majlis selepas ini,” kata Emma lagi.






Emma turut memberitahu dia juga tidak tahu apa masalah kekasihnya itu dengan Marina. Menurut duta produk Maixara ini, jika diberi kesempatan, dia mahu bersemuka dengan pihak sana agar segala kemelut yang timbul dapat diselesaikan dengan baik.

“Saya tak tahulah apa masalah Zizan dengan Marina sebab saya tak nak masuk campur. Tapi, sejak dia ada masalah dengan Zizan, dia memang tak tegur saya. Saya tak tahu apa masalah saya dengan dia. Saya pun tak jumpa Marina lagi tapi saya dengar Marina pun ada cakap dia berharap dapat berjumpa, tapi tak tahulah sama ada dia nak jumpa saya ke Zizan. Tapi bagi pihak saya, saya memang dah lama nak jumpa dengan dia.

Saya cuma harap masalah dia dengan Zizan dapat diselesaikan secara baik. Saya tak nak masuk campur hal mereka tapi kalau nama saya naik, saya akan jumpa dengan dia. Tapi saya tak nak berjumpa berdua kerana lebih baik kita buat sidang akhbar untuk dua-dua pihak terus.” ujar Emma mengakhiri perbualan.
Previous Post Next Post