Felixia Yeap Berdebar Tunggu 5 Ramadan



Pelakon dan bekas model Felixia Yeap mengakui hatinya berdebar disaat menanti kedatangan 5 Ramadan ini kerana dia bakal melangkah ke dunia baru.

Menurut Felixia, dia telah memilih 3 Julai sebagai tarikh untuk memeluk islam kerana ia adalah tarikh istimewa buat dirinya memandangkan ia merupakan hari lahirnya.

“Hasrat saya untuk memilih agama Islam telah diketahui umum sejak saya mula mengenakan hijab.

“Buat masa ini, apa yang saya boleh katakan ialah saya mahu mengucap Syahadah dengan tenang… Biar saya lakukan dahulu perkara itu dan kemudian barulah saya mendalami Islam.

“Bagi saya dalam bab mencari ilmu ni sampai bila-bila pun tidak akan habis… Oleh sebab itu kalau boleh saya harap orang tidak akan mendesak saya dengan pelbagai permintaan.

“Banyak perkara yang saya masih perlu belajar jadi biarlah ia berlaku secara perlahan-lahan,” jelasnya seperti yang dilapor Utusan Online.






Di samping itu, Felixia juga berharap agar peminat sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Tidak dinafikan saya berdebar menanti 5 Ramadan ini namun pada masa yang sama saya juga telah bersedia.

“Saya harap semua orang dapat mendoakan yang terbaik buat diri saya.

“Hati saya sudah tertarik jadi saya tidak boleh menangguh terlalu lama… Allah sudah bukakan pintu hati saya untuk memeluk agama Islam.” ujarnya.
Previous Post Next Post