Justin Bieber terlibat dalam kemalangan di Beverly Hills


Kejadian berlaku di hadapan restoran Mastros Steak House. Gambar: dailymail.co.uk

Penyanyi terkenal Justin Bieber terlibat dalam satu kemalangan di Beverly Hills, California.

Sebuah kenderaan jenis BMW SUV berlanggar dengan kereta milik Justin jenis Cadillac Escalade berwarna hitam di pintu bahagian penumpang di sebelah kanan.

“Justin merupakan seorang penumpang, dan bukan pemandu, dan beliau tidak cedera. Beliau dalam keadaan baik,” kata satu sumber kepada portal berita Mail Online.

Justin dilihat keluar dari kenderaan semula sebelum memasuki balik kenderaan itu sambil diiringi seorang pengawal keselamatan dan seorang sahabat.






Kejadian berkenaan mendapat perhatian orang ramail yang mengambil kesempatan untuk merakam gambar dan video Justin. Ini kerana lokasi kejadian berhampiran beberapa kafe.

Kejadian berlaku di hadapan Mastro’s Steak House, lokasi yang sama di mana Justin dan Selena Gomez makan malam bersama pada 20 Jun, mencetuskan spekulasi bahawa mereka kembali sebagai pasangan kekasih.
Previous Post Next Post