Nabil Abdul, Adik Kepada Aktres Lydia Ibtisam Meninggal Dunia



Jika sebut nama Nabil Abdul mungkin ramai yang kurang mengenali siapakah pemilik nama tersebut. Namun begitu, Nabil yang baru sahaja 29 tahun itu telah kembali ke Rahmatullah semalam, Selasa lebih kurang jam 10.30 pagi di Hospital Ampang.

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Nabil Abdul dan semoga mereka dapat menerima dugaan ini dengan redha.

Difahamkan Nabil juga merupakan adik kepada pelakon bertubuh kecil, Lydia Ibtisam yang pernah popular dengan siri Impian Illyana tidak lama dulu.

Selain daripada banyak membintangi drama bersiri pasti ramai masih ingat lakonannya disamping Dato’ M. Nasir bagi iklan komersial makanan ringan Kit Kat.

Lakonan terakhir Nabil akan ditayang pada hari raya nanti berjudul "Jihan Nak Buat Rumah Terbuka".

Antara selebriti yang dilihat mempunyai maklumat yang tepat mengenai masalah kesihatan Nabil antaranya pelawak Jihan Muse yang memberikan sedikit sebanyak info yang diketahuinya mengenai masalah kesihatan yang dihadapi Nabil iatu kanser limfa.






Berikut ialah status yang dimuatnaik di Instagram Jihan sendiri berkenaan kematian arwah Nabil.

Allahyarham @nabil_abdul menghembuskan nafas terakhirnya pd jam 10.30pg td di hosp ampang. Nabil mengidap kanser lymphoma (yg dihasilkan dr sistem limfatik badan / kelenjar limfa) sejak umurnya 21thn lg. Skrg umur nabil 29thn. Tapi nabil buat rawatan kimoterapi and kanser tu dah hilang masa 6 thn lps. Cuma dlm sebulan ni baru kanser tu dtg blk and nabil dimasukkan ke wad dlm 4hari lps. Malam td nabil dimasukkan ke icu. Kami baru habis shooting bersama dlm telemovie #jihannakbuatrumahterbuka yg akan ditygkan hari raya nanti. Nabil sebagai Johan iaitu watak adik Jihan. Nabil juga dikenali dlm iklan kitkat bersama M.Nasir. Nabil juga adik kepada pelakon Lydia Ibtisam . Sekarang jenazah nabil dalam perjalanan utk dikebumikan di kg halaman beliau di Kulim Kedah . Saya mewakili ahli keluarga Allahyarham memohon semua maafkan segala salah silap nabil dan halalkan makan minum dan hutang beliau jika ada. Sama2 kita doakan utk arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Tenanglah kau di sana adikku #nabilabdul . Al Fatihah

Difahamkan jenazah arwah Nabil Abdul selamat dikebumikan di kampungnya di Kulim, Kedah selepas solat Isyak malam semalam.

Portal Murai dan Astro Gempak turut mengucapkan takziah dan Al-Fatihah kepada arwah Nabil Abdul.
Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »