Nabila Huda Padam Semua Foto Di Instagram, Tinggalkan Foto “Just Upset”



Mungkin kerana sudah bosan dengan komen-komen negatif yang dilemparkan terhadap dirinya, pelakon popular Nabila Huda telah bertindak memadam kesemua foto dilaman Instagram peribadi miliknya.

Cuma sekeping foto tertera perkataan “Just Upset” ditinggalkan dalam akaun tersebut yang menggunakan ID @kupu_kupu.

Pada foto tersebut Nabila menulis kapsyen yang agak ringkas tetapi mendalam maknanya: I’ve had it. Hence, I’m gonna put an end to all of this so called drama. No more story of my life for u to feed on. So u can stop with all of the speculations, bad mouthing, judging, allegations, insulting and more. Thanks to those who believe in me. I’m moving on with my life. How bout you do the same…



Rata-rata pengikut Nabila kelihatan kecewa dengan tindakan pelakon tersebut dan ada sebahagian daripada mereka telah memujuk aktres tersebut supaya tidak menutup akaun instagram miliknya.

Akaun Instagram @kupu_kupu telah mempunyai lebih 370,000 pengikut.

Pada minggu lalu, kontroversi tercetus apabila Amy Search meninggalkan komen pedas pada salah sekeping foto yang dimuat naik Nabila.






ARTISMELETOP: SEMOGA NABILA HUDA AKAN BERTAUBAT SEMPENA RAMADHAN YANG INDAH INI
Previous Post Next Post