No Min Woo Kecewa Disangka Wanita Kerana Gambar Mesra


No Min Woo disangka wanita.

PENYANYI dan pelakon Korea No Min Woo kecewa apabila gambar yang dihantar dengan niat sekadar gurauan kepada peminat-peminatnya tersebar dan menjadi kontroversi.

Gambar mesra bersama seorang pelakon lelaki dan atlet bela diri, Choi Hong Man itu dikatakan sebagai pasangan kekasih, malah ramai yang menyangka No Min Woo sebenarnya seorang wanita selepas dia muncul dengan imej sedemikian


Gambar yang menimbulkan kontroversi.

"Banyak kontroversi tentang gambar itu, sebenarnya gambar itu eksklusif untuk ahli kelab peminat saya sahaja dan ia hanya sekadar gurauan semata-mata.

"Khabar angin tentang gambar mesra itu terus berlarutan dan ia sangat memalukan," ujarnya seperti dipetik daripada Soompi.




Previous Post Next Post