Sedondon Ke Majlis Perkahwinan Anak VVIP, Izara Aishah & Adib Khalid Bercinta?



Dakwaan mengenai pelakon cantik Izara Aishah dan anak tiri Dato’ Siti Nurhaliza, Adib Khalid sedang bercinta bukanlah berita yang baru.

Malah, keintiman mereka mula diperkatakan selepas gambar mesra mereka berdua mula dikongsi oleh laman blog Oh Bulan! baru-baru ini.

Bagaimanapun Izara Aishah telah menafikan tentang perkara tersebut dan menegaskan dia dan Adib hanyalah teman biasa.

Mungkin Izara menafikan tentang perkara tersebut, tetapi ada pembaca portal Astro Gempak telah mengirimkan emel kepada kami dan memberitahu tentang perkembangan terbaru Izara dan Adib.

Menurut pengirim emel tersebut Izara dan Adib telah menghadiri sebuah majlis perkahwinan anak VVIP bertaraf menteri pada hujung minggu lalu.






Lebih romantis lagi, mereka dilihat mengenakan pakaian sedondon serba hitam dan datang bersama Dato’ Siti dan Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Sebelum mengakhiri emel tersebut pengirim tersebut juga ada menyatakan kedua-dua pasangan tersebut nampak mesra dan sepadan!

Bagi Astro Gempak pula, tidak ada salahnya jika mereka berdua bercinta memandangkan Izara kini sudah kembali solo selepas hubungannya dengan kekasih yang dikenali sejak zaman sekolah sudah berakhir.


Gambar Izara Aishah dan Adib yang telah mencetuskan gossip mereka bercinta...
Previous Post Next Post