Bertopeng Ke Jalan TAR, Nedim & Nora Jaga Kesihatan



Setiap kali menjelang musim perayaan Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) pasti akan menjadi tumpuan ramai.

Para selebriti juiga tidak ketinggalan untuk mengunjungi syurga membeli belah itu, termasuklah pasangan kekasih Nora Danish dan Nedim.

Bagaimanapun kemunculan Nora dan Nedim bertopeng ke Jalan TAR menjadi tumpuan ramai serta ramai yang tertanya-tanya mengapa pasangan kekasih itu bertindak demikian.

Tidak menunggu lama, selepas foto yang dimuat naik di laman Instagram Nedim itu diberi ‘perhatian’ oleh pengikut-pengikutnya, kekasih kepada Nora terus memberi penjelasan.



Nedim menjelaskan kepada pengikut yang mengkritiknya bahawa bahawa dia dan Nora memakai topeng bertujuan untuk menjaga kesihatan.

Tambahnya lagi, dek kerana kesihatan dia dan Nora yang tidak mengizinkan, mereka mengenakan topeng semasa membeli belah pada malam Rabu lalu.




Previous Post Next Post