Hyuna (4Minute) Lancar Album Mini



ANGGOTA kumpulan 4 Minute iaitu Hyuna bakal muncul dengan album solonya berjudul A Talk pada 28 Julai ini.

Menurut laporan Allkpop, pihak agensi Hyuna iaitu Cube Entertainment memberitahu, ia juga boleh dikira sebagai kemunculan semula Hyuna selepas album Bubble Pop (2011) dan Melting (2012).

"Pihak kami sudah pun mengeluarkan 'teaser' foto Hyuna sebagai pemberitahuan bahawa dia akan membuat kemunculan semula di dunia K-pop dan pastinya dia lebih seksi berbanding sebelum ini," kata salah seorang jurucakap daripada agensi tersebut.

Menerusi foto teaser tersebut, pelantun lagu Trouble Maker itu beraksi dalam sebuah tab mandi berwarna putih dengan gaya rambut yang panjang mengurai.

Terdahulu, konsep muzik 'bubblegum pop' menjadi identiti Hyuna setiap kali muncul dengan single lagu-lagu terbaharu sehinggakan berjaya mengumpul peminat yang ramai.




Previous Post Next Post