Johan As'ari Rindukan Shila Amzah?



Siapa boleh lupa perpisahan epik antara Johan As’ari dan Shila Amzah sekitar November tahun lalu selepas jejaka itu mengakui mempunyai hubungan dengan pelakon seksi, Lana Nodin.

Baru baru ini, Johan As’ari menerusi akaun Instagram beliau ada memuat naik sekeping gambar beliau bersama Shila Amzah dengan tulisan bertanya khabar akan penyanyi tersebut. Nampak seperti pelakon ini seperti rindukan ‘teman tapi mesra’nya itu.



Peminat yang melihat gambar itu juga ramai yang mula mendoakan hubungan Johan As’ari dan Shila Amzah boleh kembali pulih seperti dahulu namun ada juga sebahagian yang memberikan gambar seperti Johan As’ari menjilat ludah sendiri. Ouch!

Kalau benar rindu pun apa salahnya, orang yang pernah rapat dengan kita kalau tiba tiba hilang pun kita akan tercari cari, apatah lagi Johan As’ari dan Shila Amzah yang khabarnya pernah terpaut hati. Eh. Kita doakan sahaja yang terbaik buat mereka.




Previous Post Next Post