Sandra Bullock masih trauma



AKTRES terkenal, Sandra Bullock mengalami trauma apabila dia terserempak dengan lelaki yang menceroboh kediaman mewahnya di California.

Kejadian yang berlaku pada 14 Jun lalu itu baru-baru ini sahaja didedahkan membabitkan Joshua Corbett, 39, yang kini berhadapan dengan tuduhan memecah masuk kediaman Sandra.

Ujar sumber kepada TMZ: "Sandra Bullock berada di kediamannya ketika Joshua Corbett memecah masuk ke situ. Sandra sempat mengunci pintu kamar tidurnya sebelum membuat panggilan kecemasan 911."

Tambahnya: "Kejadian itu berlaku ketika Sandra yang bersendirian itu baru bangun dari tidur dan tiba-tiba dia terdengar bunyi bising di ruang tamu kediamannya itu. Sandra lantas kembali ke kamar tidur dan menguncinya lalu mendail 911."




Previous Post Next Post