Adira Nekad Bertudung, Tiada Paksaan Dari Sesiapa



Baru-baru ini Naib Juara Akademi Fantasia musim kelapan, Adira Suhaimi telah memuat naik sekeping fotonya mengenakan hijab di laman Instagram.

Foto tersebut yang dimuat dua hari lalu bagaimanapun hanya mempamerkan sebahagian dari wajahnya sahaja.




Menerusi laporan Berita Harian pada Rabu, penyanyi yang popular dengan lagu 'Aku Ada Kamu' dan 'Ilusi' itu menjelaskan perubahan imej terbarunya itu lahir dari hati yang ikhlas.

"Baru tiga hari saya mengenakan tudung. Ia terjadi atas kehendak diri dan doa semua yang mengharapkan kebaikan saya.

"Peminat pun barangkali tak tahu dengan perubahan ini. Biarlah mereka tahu sendiri," katanya.

Apabila diusik apakah perubahan ini ada kaitan dengan soal perkahwinan, Adira menafikannya.

"Tiada alasan tertentu untuk perubahan ini," katanya yang sedang mempromosikan single terbaru Ruhi kasih.


Previous Post Next Post