Asmirandah bakal jadi ibu



SEJAK melayari bahtera rumah tangga dengan Jonas Rivanno, hubungan pelakon Asmirandah dengan anggota keluarga kandungnya dikatakan menjadi semakin renggang.

Terbaharu timbul pula khabar angin mengatakan Asmirandah sedang mengandung anak sulung. Bagaimanapun, peguam kepada pelakon jelita itu sekadar bersyukur sekiranya dakwaan itu benar.






"Ketika ini Asmirandah sedang mengamalkan diet kerana dia bakal menjalani penggambaran filem tidak lama lagi. Asmirandah hanya mampu mengucapkan rasa syukur kerana dia sudah sah bergelar isteri kepada Jonas," ujar peguam peribadi Asmirandah, Afdal Zikri.

Sementara itu, Afdal turut mengecam dakwaan yang mengatakan Asmirandah tidak mahu menemui keluarganya sedangkan pelakon berumur 25 tahun itu masih berhubung dengan ibu kandungnya.


Previous Post Next Post