Gong Hyo Jin semakin pulih


GONG HYO JIN

SELEPAS terlibat dalam kemalangan jalan raya kira-kira sebulan yang lalu, aktres jelita, Gong Hyo Jin dilaporkan telah menjalani pembedahan melibatkan keretakan tulang tangan dan lututnya.

Berikutan kejadian tragis yang menimpanya itu, aktres yang pernah membintangi filem Crush and Blush itu telah mendiamkan diri.

Pada masa yang sama, dia juga terpaksa menangguhkan drama lakonannya berjudul It's Okay, It's Love.






Baru-baru ini, agensi pengurusannya, Soop Management melakukan kejutan besar apabila memberitahu perkembangan terbaharu aktres itu melalui sebuah sidang akhbar.

Menurut agensinya itu, keadaan Hyo-Jin kini stabil dan dia akan muncul kembali untuk menghabiskan drama tersebut.

"Sehingga kini, Hyo-Jin ingin berehat seketika dan kami pihak pengurusan mewakilinya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak produksi It's Okay, It's Love kerana memahami keadaannya," ujar jurucakap Soap Management.

Tambahnya, Hyo-Jin kini berjaya melalui fasa pembedahan dengan jayanya dan dia menunjukkan perkembangan yang positif dan jika tidak ada masalah mungkin minggu hadapan dia akan dibenarkan pulang ke rumah.




Dalam pada itu, wakil daripada kru produksi drama tersebut berkata, dia dan rakan-rakan lain sangat bersyukur apabila mendengar khabar gembira itu dan berjanji akan memberi keutamaan kepada aktres tersebut memandangkan dia masih belum pulih sepenuhnya.

Ujarnya: "Kami tidak sangka dia akan pulih dengan cepat. Kami berjanji akan menjaga kesihatan aktres tersebut dengan baik selepas ini dan akan memastikan jadualnya bersesuaian dengan keadaannya."
Previous Post Next Post