Gwyneth Paltrow Lega Bekas Suami Temui Pengganti


Gwyneth Paltrow lega bekas suaminya jumpa cinta baharu.

PELAKON Gwyneth Paltrow gembira dengan perkhbaran terbaharu tentang bekas suaminya, vokalis kumpulan Coldplay iaitu Chris Martin yang dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Jennifer Lawrance.

Daily Mail melaporkan Gwyneth lega Chris sudah melupakannya dan meneruskan kehidupannya dan mula berjumpa dengan wanita lain selepas mereka berpisah awal tahun ini.






"Gwyneth gembira apabila bekas suaminya bertemu dengan wanita yang jauh lebih baik daripadanya. Perceraian mereka juga berakhir dengan baik dan Gwyneth mahu Chris meneruskan hidupnya," kata sumber pelakon itu.

Sebelum itu, Chris dan Jennifer dilihat menghabiskan masa berdua-duan di sebuah restoran mewah di Los Angeles bagi menyambut hari lahir bintang filem Hunger Games itu.

Bagaimanapun kedua-dua mereka masih belum membuat kenyataan rasmi bagi mengesahkan tentang hubungan mereka.


Previous Post Next Post