Hans tanya Neelofa gosip kahwini kerabat diraja


HANS mengakui masih menyayangi Neelofa tetapi tidak lebih daripada seorang rakan.

SETELAH kisah percintaannya dengan Neelofa berakhir pada bulan Februari lalu, penerbit dan pengarah Hans Isaac mengambil pendekatan untuk tidak menceritakan mengenai perkara tersebut.

Ketika ditemui semasa majlis sidang akhbar pementasan teater Supermokh Sebuah Muzikal Restaging di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini, mengakui dia berasa sedikit kecewa apabila kisah putus cintanya didedahkan, sedangkan masing-masing tidak mengaku bercinta sebelum ini.






Menurut Hans, bagi melupakan segala yang telah berlaku dia lebih banyak menghabiskan masa dengan memberi tumpuan kepada kerjayanya serta latihan golf memandangkan dia bakal terlibat dengan sebuah kejohanan di luar negara.

Selain itu, dia turut memberi komen berkenaan dengan bekas kekasihnya itu yang dikatakan bakal berkahwin dengan seorang kerabat diraja.

Kosmo!: Apa komen Hans mengenai gosip yang mengatakan Neelofa bakal berkahwin dengan seorang kerabat dalam tempoh terdekat ini?

HANS: Sebenarnya saya sendiri baru tahu mengenainya memandangkan sudah lama tidak membaca akhbar kerana terlalu sibuk dan agak terkejut apabila mendapat tahu. Bagaimanapun, saya dan Neelofa masih lagi berkawan seperti biasa sehingga sekarang. Malah, saya sendiri ada bertanya kepadanya tentang gosip yang diperkatakan itu, namun itu sahaja yang saya boleh beritahu tentang hal ini.




Adakah anda dan Neelofa masih lagi berhubung selepas putus cinta?

Setakat ini kami berdua tiada masalah untuk berhubung antara satu sama lain. Kalau hendak dikatakan tentang perasaan itu saya memang menyayanginya, tetapi tidak lebih daripada seorang kawan dan dia merupakan seorang wanita yang baik.

Apakah yang membuatkan anda tidak mengulas tentang kisah cinta sebelum ini?

Pada usia yang sudah mencecah 43 tahun, rasanya tidak sesuai kalau saya mahu menghebahkan mengenai kisah cinta. Selain menjadi pemilik kepada syarikat produksi Tall Order
Previous Post Next Post