Lisa, Yusry rai Baby Lara



DUA tahun mendirikan rumah tangga bukan pengukur kepada mana-mana pasangan suami isteri untuk memiliki cahaya mata.

Malah pasangan selebriti popular ini juga mengakui teruja untuk bergelar ibu dan bapa sementelah belum mempunyai anak sepanjang perkahwinan mereka.

Keterujaan keduanya dapat dilihat apabila mengunjungi rumah rakan seperjuangan, pelakon Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya yang baru sahaja menerima puteri sulung mereka baru-baru ini.






Menerusi gambar yang dimuat naik di laman Instagram milik aktres cantik Lisa Surihani, nampaknya pelakon Istanbul Aku Datang itu sempat meluangkan masa bersama suaminya, Yusry Abdul Halim, bagi meraikan anak Awal dan Scha yang popular dengan nama 'Baby Lara'.

Menariknya, gambar-gambar yang dikongsi oleh Lisa menunjukkan dia sangat teruja dan gembira mendukung Baby Lara.

Lisa turut berkongsi perasaan yang dipetik dari kata-katanya di Instagram, katanya, dia sangat gembira kerana akhirnya dapat berjumpa dengan Baby lara.




Dia juga mengucapkan terima kasih kerana Awal, Scha dan keluarganya yang menerima kunjungan mereka dengan baik.

Sebenarnya bukan Baby Lara sahaja, sebelum ini dia pernah melawat Sofia Arissa yang merupakan anak kepada pelakon Liyana Jasmay.

Pelakon berusia 28 tahun itu, juga sering kali memuat naik gambarnya bersama anak buah dan kanak-kanak lain.

Lisa pernah memberitahu menyukai kanak-kanak selepas mendapat pengalaman mengajar kanak-kanak selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dahulu.
Previous Post Next Post