Nabila Huda Terus kunci mulut hal peribadi



Sejak kejadian itu, Nabila mengambil pendekatan untuk tidak lagi berkongsi hal peribadinya kepada umum. Malah, kini, Nabila mengambil pendekatan untuk fokus karier dan tidak menjawab semua persoalan tentang peribadi.

Ditanya tentang kisah peribadinya mengenai desas-desus yang mendakwa dirinya mahu menamatkan zaman jandanya dengan meminta restu bapanya, Amy Search, untuk bernikah buat kali kedua, Nabila tegas untuk tidak menjawab.

Sambil memohon maaf, pinta Nabila: "Minta maaf saya tidak dapat komen. Tolong ajukan soalan lain".

Sementara itu, menurut Suhaimi Abdul Rahman, 57, atau lebih dikenali sebagai Amy Search, beliau mengakui terkejut dengan desas-desus yang mendakwa anak sulungnya itu mahu menamatkan zaman jandanya dengan meminta restunya untuk bernikah buat kali kedua.

Kata Amy, perkara itu (minta restu untuk berkahwin) tidak pernah berlaku. Malah mereka juga belum mem bincangkan perkara serius itu.






"Tidak ada perbincangan ataupun Nabila minta restu daripada saya untuk berkahwin lagi," ujar Amy ketika dihubungi Kosmo!.

Vokalis kumpulan Search itu bagaimanapun tidak menafikan bahawa selepas hubungannya bersama Nabila pulih pada Adilfitri lalu, wanita yang mempunyai seorang anak perempuan, Keisha Laila, 4, itu datang ke rumah bersama teman lelakinya.

Bagaimanapun beliau menyifatkan ia hanya kunjungan sempena Aidilfitri dan tidak pernah berbincang secara serius tentang fasa hubungan Nabila dengan kekasihnya yang juga seorang pengusaha restoran terkenal di ibu kota.




"Benar, Nabila datang ke rumah saya bersama kekasihnya pada Aidilfitri baru-baru ini. Pada waktu itu, kami berkenalan dengan lebih jauh tetapi bukan membincangkan hal masa depan mereka. Saya percaya apabila tiba masa dan jodoh, ia tidak ke mana. Mereka juga sudah matang dalam hal ini," tambahnya.

Dalam pada itu, ikon rock negara itu memberitahu, beliau kini sedang sibuk dengan rakaman awal untuk album solonya bersama Datuk M. Nasir selepas lebih 10 tahun tidak mempunyai album solo.

Sementara itu, Nabila pula sedang berdebar menanti tayangan filem biografi Saloma yang menyaksikan dirinya membawa karakter legenda negara itu pada 28 Ogos ini.

"Saya bangga apabila Nabila dipilih untuk membawa karakter Saloma kerana beliau merupakan legenda seni negara yang tiada tolok bandingnya. Saya harap khalayak lebih memberi perhatian terhadap karier seninya ber banding kisah peribadi dia," ujarnya.
Previous Post Next Post