Termuat Naik Gambar Seksi, Hanis Zalikha Padam Foto Di Instagram



Bagi peminat yang mengikuti perkembangan pelakon dan pengacara Hanis Zalikha, sudah pasti mengetahui bahawa gadis cantik ini gemar berkongsi gambar di laman instagram miliknya.

Namun aktres ini tersilap langkah apabila satu foto yang dikongsi olehnya telah mendapat teguran peminat yang mendakwa dia berpakaian seksi di samping aktor Hairul Azreen.

Foto tersebut menunjukkan Hanis Zalikha memakai baju tanpa lengan dan turut menampilkan susuk tubuhnya yang agak seksi kontra dengan imejnya sebelum ini.



Gambar Hanis Zalikha yang menjadi isu dikalangan peminat

Rata-rata peminat Hanis Zalikha atau lebih mesra dengan panggilan Keknis ini melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pengacara itu memuat naik gambar tersebut.

Malah tidak kurang juga ada yang terkejut dengan penampilannya kerana sebelum ini Hanis jarang tampil dengan berpakaian seperti itu.

Bagaimanapun, foto tersebut telah pun dipadamkan tidak lama kemudian.


Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »